Selamat Datang
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN
NUR SYAHMI BINTI ARIFIN D20202096388

TOPIK 10
SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Secara umumnya, Sekolah merupakan suatu institusi pendidikan yang berbentuk formal, informal mahupun nonformal dalam agensi kerajaan atau swasta bagi tujuan pendidikan dan pengajaran. Sekolah turut berfungsi sebagai mencapai matlamat dan objektif bagi melahirkan pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang dalam membentuk manusia untuk bersahsiah baik serta mereka yang mengetahui tanggungjawab mereka sebagai pelajar selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
​
Menurut Kamaruddin Husin (1995:33) peranan sekolah dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu sosialisasi, pendidikan dan latihan serta membentuk sahsiah murid. Proses sosialisasi amatlah berguna bagi mendidik murid cara berinteraksi dengan masyarakat luar. Interaksi yang wujud antara guru dan murid serta sesama murid dengan rakan sekelas membolehkan mereka untuk mendalami peranan sosial secara efektif. Di samping itu, sekolah turut berperanan dalam mendedahkan murid dengan kemahiran teknikal selari dengan perkembangan teknologi semasa. Bahan PdP seperti Smart Classroom, Creative Animation dan Interactive Educational Games mampu melahirkan murid yang pakar dalam kemahiran Information Technology (IT) selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Akhir sekali, sekolah bertanggungjawab untuk membentuk murid yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti. Anggota sekolah iaitu pengetua atau guru besar, guru-guru sekaligus pihak pentadbir mestilah menjalankan peranan masing-masing dalam membasmi masalah sosial dalam kalangan murid contohnya masalah buli, lepak dan ponteng kelas.
Persekitaran membawa maksud kawasan yang berada di sekeliling sesuatu tempat. Bagi tujuan kajian, persekitaran di sini dapat ditakrifkan sebagai suasana di sekeliling sekolah yang memberi kesan terhadap prestasi murid secara menyeluruh dari aspek akademik, sahsiah, jasmani serta kokurikulum. Kecenderungan murid untuk kekal berada dalam suasana pembelajaran semasa PdP bergantung kepada persekitaran sekolah yang kondusif dan selesa. Peranan persekitaran yang utama ialah terhadap pencapaian akademik murid.
​
Kecenderungan murid untuk kekal berada dalam suasana pembelajaran semasa PdP bergantung kepada persekitaran sekolah yang kondusif dan selesa. Peranan persekitaran yang utama ialah terhadap pencapaian akademik murid. Menurut Waldrip dan Fisher (2003), prestasi pembelajaran murid meningkat apabila mereka berada di dalam persekitaran kelas yang baik. Di samping itu, persekitaran yang selesa dan menarik juga meningkatkan tingkah laku positif dan menurunkan jumlah tingkah laku negatif murid. Sehubungan dengan itu, Mohd Hizwan et al. (2017) telah menyatakan bahawa persekitaran kelas yang kondusif mendorong murid untuk berfikiran kritis dan kreatif. Proses PdP yang berlangsung dalam kelas dan hubungan baik antara murid serta tenaga pengajar juga mendapat impak positif dengan adanya persekitaran yang kondusif (Ainun Rahmah et al., 2017).
​
Di sekolah terdapat 3 pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan unteraksi ialah pihak pentadbir, guru dan murid. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya. Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah
Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
​
Secara keseluruhannya, dengan adanya persekitaran yang kondusif akan memberikan implikasi positif yang membawa keharmonian dan kemakmuran sesebuah organisasi tersebut. Perkara ini hanya dilihat satu perkara yang biasa akan tetapi impaknya besar lebih-lebih lagi jalinan hubungan diplomatik di antara guru dan pelajar, pelajar dan guru, guru dan ibu bapa. Hal demikian, sokongan ibu bapa,tingkah laku pelajar tersebut,komitmen guru lain-lain yang berkekalan mampu membentuk perkembangan sekolah meningkat seterusnya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan perkembangan intelek semakin meningkat. Secara terperincinya, maka sesebuah sekolah yang cemerlang mampu melahirkan generasi yang gemilang dan terbilang.
RUJUKAN:
​
Mohd Hizwan, Muhammad Sukri &Yusri. (2017). Meta-analysis study of teacher issues on higher order thinking skills in Malaysia.World applied sciences Journal 35(12):2520-2523.
​
Waldrip, B., & Fisher, D. (2003). Identifying exemplary science teachers through their classroom interactions with students. Learning Environments Research: An International Journal, 6(2),157-174.
​
Kamaruddin Husin. (1995). Dinamika sekolah dan bilik darjah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
​
​
​